Cita-cita Yang Tidak Didendang

career
Sumber gambar : Google

Andai dibuat undian, 5 cita-cita utama pilihan ibu bapa terhadap anak mereka pasti untuk menjadi seorang peguam, doktor, jurutera, arkitek atau juruterbang. Sudah pasti semua ibu bapa mahukan anak mereka berjaya. Tetapi adakah 5 kerjaya ini sahaja yang dikategorikan berjaya?

Jawapannya tidak.

Terlalu banyak cita-cita yang tidak didendangkan di luar sana. Apatah lagi di zaman serba canggih dan moden ini, kerjaya-kerjaya baru tumbuh seperti cendawan baru kena hujan. Tukang repair handphone, penulis laman web, pelukis buku cerita, cake designer dan banyak lagi. Setiap tugas ini ada signifikasi tersendiri dan penting untuk pembangunan masyarakat hari ini. Tanpa mereka, dunia ini tidak lengkap.

Itu cerita apa yang ibu bapa mahu. Apa pula yang anak-anak mahu? Seluas mana tahap pemikiran mereka tentang kerjaya yang wujud di atas muka bumi ini?

Untuk anak berumur 5 tahun, dapat menjadi pembancuh teh di parti teh pun sudah menggembirakan. Ibu atau guru boleh mengambil peluang untuk membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi ketika mereka sedang bermain. Sebagai contoh, daripada permainan parti teh itu sendiri, apakah kerjaya lain yang boleh dicipta?

  1. Pembuat seramik cawan dan pinggan
  2. Pereka fabrik dan tukang jahit alas meja
  3. Pereka dalaman untuk majlis tersebut
  4. Pereka baju
  5. Pengusaha kilang teh di Cameron Highland
  6. Tukang perabot membuat meja dan kerusi

Berilah mereka pilihan untuk melihat dari dua sisi yang berbeza, sama ada untuk menjadi majikan atau pekerja.

Dedahkan daripada kecil. Biar mereka merancang masa depan lebih awal. Lakaran kehidupan dan angan-angan itu akan membentuk cara pembelajaran mereka ketika membesar nanti. Apa yang mereka mahu jadi? Biarlah mereka yang tentukan.

Penulis : Puan Sabrina Ismail

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini