“Jom kita bersenam.”
“Yeay.” Cepat semuanya berkumpul dan meninggalkan aktiviti yang dilakukan.
Anak-anak, mempunyai tenaga yang banyak untuk dikeluarkan. Jika setiap hari terperap sahaja di tempat tertutup tanpa melakukan banyak pergerakan, emosi juga akan kurang stabil.
Aktiviti beriadah bersama anak-anak secara ringkas mempunyai tiga kebaikan :
- Badan yang cergas.
Pergerakan fizikal yang dilakukan di dalam senaman mampu meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan, melembutkan sendi dan mengawal tekanan darah. Seteruskan menjadikan kita cergas secara fizikal.
- Keseimbangan emosi.
Bersenam secara rutin mengurangkan paras stress orang dewasa dan memberi ketenangan kepada kanak-kanak. Berlarilah, lapangkan minda dan jiwa.
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Setelah sepanjang hari sibuk bekerja, inilah masanya kita meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga. Ia akan menjadi saat yang ditunggu-tunggu dan bakal menjadi memori indah membesar. Pasti seronok.
Wan Erni
Coventry UK