Impian Melahirkan Jutawan Budiman Melalui Program Kurma Ventures

Projek Kurma Ventures, salah satu daripada silibus Kelab Usahawan Abdul Rahman Auf (ARAF), telah dijalankan oleh Rangkaian Tadika A.B.S selama beberapa tahun. Projek ini mendapat sambutan, baik daripada pengusaha, ibu bapa dan pelajar sendiri. Setiap tahun, projek kecil ini dinanti-nanti kemunculannya pada bulan

kurmaven

Bagaimana ia bermula?

Ia bermula dari tujuan untuk mendidik tuan muda dan cikpuan muda konsep bersedekah. Memberi secara praktikal dan sebaik-baik sedekah pada bulan Ramadan ialah kurma. Kurma adalah makanan sunnah yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan. Kisah kurma, buahan-buahan syurga juga banyak diceritakan secara langsung di dalam al-Quran itu sendiri. Memang tidak dinafikan, kurma punya pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Secara tidak langsung, pelajar yang tidak pernah mencuba makan kurma, turut terdorong mahu mengamalkan pemakanan kurma untuk kesihatan diri mereka sendiri. Itu matlamat kurma venture yang tersirat!

 

“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan.

Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.”

(Al-Nahl 16:11)

kurma3

Tuan muda dan cikpuan muda akan diminta untuk bergotong-royong menyiapkan bungkusan kurma untuk diberikan kepada masyarakat awam setempat. Ada yang memilih untuk mengetuk pintu kejiranan tadika, ada pula yang memilih untuk bergerak dari satu premis ke satu premis bertemu dengan orang pejabat yang sedang bertugas untuk memberi sedekah dan beramah mesra. Ada yang melawat balai polis juga, bila lagi dapat peluang keemasan begini!

Sesi ini memberi peluang untuk tuan muda dan Cikpuan Muda mengasah kemahiran berkomunikasi ‘Bahasa Melayu Tinggi’ mereka. Budaya sopan santun yang dididik di Tadika A.B.S kini dapat ditonjolkan oleh pelajar-pelajar ini. Tunduk hormat itu perlu apabila bertemu dengan generasi yang lebih berumur. Ucapan salam dan terima kasih sentiasa menjadi mainan di bibir mereka. Alhamdulillah, didikan separuh tahun di Tadika A.B.S mula menampakkan hasil positif dalam diri tuan muda dan cikpuan muda hari ini.

kurma4

Projek kecil ini bakal dijalankan di tahun-tahun akan datang dan dibesarkan skala pemberiannya dari masa ke masa. Yang penting, ikhlas dalam setiap pemberian. Yang penting, tuan muda dan cikpuan muda gembira untuk turut serta. Yang penting, ukhwah dan silaturrahim yang terbina kekal selamanya. Yang penting, pahala amalan bersedekah itu bakal menjadi saham setelah kita meninggalkan dunia. Hanya kerana projek Kurma Ventures!

Sertai pelajar Tadika A.B.S dengan mendaftarkan anak tuan puan melalui www.tadikaabs.com.

Penulis : Puan Sabrina Ismail

Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini