Kenali Tadika ABS (Kelas Bacaan Bahasa Inggeris)

Kelas bacaan bahasa adalah sama sahaja seperti kelas bacaan Bahasa Melayu cumanya ada perbezaan sedikit dari segi perkataan dan bunyi malah aktivitinya hampir sama seperti kelas bacaan Bahasa Melayu.

Di tadika ABS, sebelum anak-anak membaca buku Bahasa Inggeris, mereka haruslah mahir dan menguasai bacaan Bahasa Melayu terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya sudah boleh membaca dan menguasai suku kata tertutup, barulah akan diberikan buku bacaan Bahasa Inggeris.

Kenapa kanak-kanak perlu menguasai terlebih dahulu Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya suku kata tertutup?

Hal ini kerana Bahasa Inggeris mempunyai perkataan suku kata terbuka yang sedikit sahaja. Kebanyakan perkataan Bahasa Inggeris adalah semuanya suku kata tertutup.

Apabila anak-anak telah menguasai kemahiran mengeja, menyebut bunyi huruf dan sudah beralih ke buku yang seterusnya, anak-anak tidak perlu lagi untuk mengeja malah mereka sudah boleh terus menyebut perkataan tanpa mengeja dan membunyikan huruf.

Antara tips mengajar anak-anak di rumah untuk membaca Bahasa Inggeris adalah :

1) Pastikan anak-anak sudah boleh membaca, menguasai dan mahir dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu barulah mengajar mereka dalam Bahasa Inggeris.

2) Memudahkan penggunaan fonetik untuk mengajar anak-anak bacaan Bahasa Inggeris.

3) Menambah kosa kata dengan menggalakkan anak-anak membaca buku dalam Bahasa Inggeris supaya mudah dan boleh mengurangkan tahap kesukaran penguasaan hari demi hari.

4) Mengajak anak-anak menonton video fonetik atau animasi di dalam Bahasa Inggeris.

5) Kaedah menarik iaitu satu buku cerita Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk satu minggu.

← Artikel Sebelum Ini

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini