KENALI TADIKA ABS (KELAS MEMBACA)

Di tadika ABS, kami mempunyai modul 3 bulan. Di dalam modul ini terdapat 1 slot selama 1 jam dalam 1 hari, yang diperuntukkan untuk kelas membaca bagi memastikan anak-anak boleh membaca dalam tempoh 3 bulan. Setiap tadika menggunakan buku yang berbeza-beza dan kaedah bacaan yang digunakan di tadika ABS adalah sama.

Guru-guru di tadika ABS menggunakan pelbagai teknik serta ABM (Alat Bantu Mengajar) yang mempunyai 3 cara iaitu :

  • Visual
  • Auditori
  • Kinestetik

Tugas guru adalah memperkenalkan huruf A-Z dengan menggunakan carta huruf dan kad imbas. Pelbagai aktiviti mengecam huruf dapat dijalankan.

Biasanya sebelum permulaan kelas, guru-guru akan menyanyi dahulu bersama anak-anak untuk aktiviti mengenali huruf. Selain daripada aktiviti mengecam huruf, guru-guru juga akan memberi plastisin kepada anak-anak bagi membentuk huruf-huruf tadi.

Guru-guru juga akan memperkenalkan kepada anak-anak suku kata terbuka dengan menggunakan kad imbas. Apabila anak-anak sudah menguasai suku kata terbuka dengan mahir, guru-guru akan terus beralih kepada suku kata tertutup.

Suku kata tertutup agak susah bagi anak-anak menguasainya. Sehubungan itu, kita harus bijak mencari permainan yang sesuai untuk mereka. Contoh yang boleh digunakan adalah kalendar teknik yang diperbuat dari kalendar lama untuk dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar.

Kami akan kongsikan beberapa tips tips penting untuk anak-anak membaca dari rumah. Ada 8 tips penting iaitu :

1) Pastikan suasana sewaktu membaca diam, gembira dan yang penting tiada gangguan seperti bunyi televisyen dan lain-lain.

2) Anak-anak dilatih membaca dari sebelah kiri.

3) Gabungkan bunyi suku kata dan biasakan anak-anak menggunakan jari ketika menunjukkan apa yang dibaca.

4) Sebagai guru, bacalah untuk anak-anak dengan sebutan baku dan intonasi yang betul supaya mereka dapat ikut bersama/tiru.

5) Sentiasa beri pujian apabila anak-anak berjaya membaca suku kata, perkataan atau ayat.

6) Pastikan anak-anak sentiasa tenang dan ceria sewaktu kelas membaca berlangsung.

7) Anak-anak haruslah diberikan peluang sekiranya mereka lambat menguasai kemahiran membaca.

8) Elakkan daripada marah, menyindir atau membandingkan anak-anak di antara satu sama lain.

Manfaat yang diperoleh daripada kelas membaca :

1) Membina kemahiran membaca untuk persediaan anak-anak ke sekolah terutamanya untuk anak-anak berusia 6 tahun.

2) Menanam minat suka membaca di dalam diri setiap anak-anak.

3) Menambahkan kemahiran tatabahasa anak-anak dari semasa ke semasa.

4) Selepas aktiviti bermain, guru-guru akan memanggil seorang demi seorang pelajar untuk sesi membaca bersama.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini