Kenali Tadika ABS (Little Ibnu Sina)

Modul Little Ibnu Sina adalah modul yang digunapakai di semua cawangan Tadika ABS. Modul ini ditawarkan kepada anak-anak berumur 4-6 tahun. Semua aktiviti LIS dijalankan secara Visual, Auditori dan Kinestatik.

Little Ibnu Sina merupakan satu modul pembelajaran Sains yang menarik. Aspek penting dalam modul ini adalah melibatkan kaedah bercerita. Anak-anak belajar Sains melalui kaedah ini. Bercerita merupakan satu kaedah interaktif yang mampu merangsang penglibatan kanak-kanak.

KAEDAH BERCERITA

Kaedah bercerita ini berdasarkan gambar bersiri dan penceritaan juga disampaikan secara bersiri. Ianya menggambarkan senario cerita yang berkesinambungan. Di dalam big book LIS ada ilustrasi bagi memudahkan murid untuk memahami perjalanan cerita.

Big book LIS ini menarik minat anak-anak kerana mereka suka melihat gambar. Ini boleh mempertingkatkan daya pengamatan, kemahiran mendengar, minat membaca dan melibatkan anak-anak dalam aktiviti bercerita.

Kaedah bercerita juga boleh memperkayakan kosa kata murid, memupuk nilai-nilai murni, memperkaya pengalaman murid, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, melibatkan murid secara aktif dan menjana pemikiran mereka.

TUJUAN BERCERITA

​Tujuan bercerita adalah memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar kerana ia melibatkan penggunaan pancaindera secara maksimum.

KELEBIHAN TEKNIK BERCERITA

  1. Anak-anak dapat menumpukan perhatian.
  2. Memahami cerita yang disampaikan.
  3. Membina suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan.

KONSEP SAINS MELALUI ILUSTRASI

Penerangan melalui ilustrasi dan apa sahaja yang boleh dilihat dan dibincangkan bersama anak-anak mampu memberi pengetahuan secara tidak langsung.

Penerangan big book dari kulit ke kulit mampu merangsang kognitif anak-anak. Secara tidak langsung, ia juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa, membantu anak-anak meningkat perkembangan bahasa ini ialah melalui proses mengajukan soalan dan membina penjelasan setelah sesi bercerita itu selesai.

Setelah habis sesi bercerita dan perbincangan dilakukan, barulah anak-anak akan melakukan eksperimen berdasarkan cerita.

EKSPERIMEN

Eksperimen yang dijalankan akan melibatkan pancaindera dan minda anak-anak yang menggunakan bahan-bahan konkrit atau maujud merangsang minda, pancaindera dan emosi anak-anak ketika mereka melakukan proses untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.

Aktiviti ini merangsang minda, pancaindera dan emosi anak-anak di mana mereka melakukan proses untuk mendapatkan fakta Sains.

Mengikut pengasas John Louie, anak-anak mempunyai naluri ingin tahu dan suka meminta sesuatu benda dengan kebolehan serta kecenderungannya. Mereka belajar melalui pemerhatian, pengalaman dan percubaan.

Menurut William Kilpatrick, beliau menyarankan agar kaedah projek digunakan di sekolah. Eksperimen atau kaedah projek ini mempunyai tujuan yang dapat dihasilkan melalui kaedah pengaruh ini iaitu ia memperkukuhkan pembelajaran yang dialami oleh pelajar di dalam bilik darjah.

Aktiviti ini membenarkan pembelajaran secara praktikal kerana dapat meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep. Secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni seperti tolong menolong, sikap bekerjasama dan bertolak ansur dengan membenarkan murid bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri dan memupuk perkembangan sifat kepimpinan dikalangan murid-murid.

MELIBATKAN TAUHID DAN KEBESARAN ALLAH.

Modul Little Ibnu Sina merupakan pembelajaran Sains yang melibatkan alam semulajadi di sekeliling kita.

Anak-anak akan memerhati di mana kebijaksanaan Allah SWT dengan memerhati kejuruteraan dan seni bina semula jadi yang diciptakan oleh Allah, yang boleh dipelajari dan dicontohi untuk kegunaan seharian.

Contoh Buku Cerita LIS :

Ibu Kumbang dalam proses mencari anak-anak yang hilang. Kaitkan dengan kebesaran Allah dalam satu-satu cerita dan terangkan sifat-sifat Allah serta bertanya kepada murid siapa yang mencipta?

AKTIVITI LIS YANG DIJALANKAN :

  1. Pengenalan perkataan baru bagi murid tahun 4 untuk menguasai kosa kata.
  2. Menjalankan eksperimen dengan bantuan bahan-bahan maujud yang akan digunakan.
  3. Beberapa lembaran aktiviti yang akan diberikan seperti buku kerja, simulasi, buku skrap (menghasilkan 1 buku untuk menerangkan sesuatu projek).

Contoh : 1 buku skrap kenali haiwan, lagu dan pergerakan kreatif.

MANFAAT LIS KEPADA MURID.

  1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Melibatkan murid secara aktif dan menjana pemikiran mereka.
  3. Mempertingkatkan daya pengamatan, kemahiran mendengar dan minat kanak-kanak.
  4. Memperkukuh pembelajaran yang dialami oleh murid di dalam bilik darjah dengan mendorong sifat ingin tahu di kalangan murid-murid.
  5. Dapat meningkatkan lagi kefahaman murid-murid terhadap satu-satu konsep.
  6. Dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolong-menolong, bertolak ansur. Ini dilakukan ketika aktiviti eksperimen dijalankan.
  7. Meningkatkan keyakinan murid dan memupuk perkembangan sifat kepimpinan di kalangan murid.

Kesan yang dapat dilihat adalah apabila anak-anak melahirkan perasaan gembira dan teruja serta mereka akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu cerita yang disampaikan sehingga di akhir cerita.

Kesimpulan :

  1. Anak-anak sangat teruja di dalam menghasilkan sesuatu eksperimen yang kami lakukan bersama mereka.
  2. Anak-anak ini bertambah baik dari segi perkembangan komunikasi mereka.
  3. Guru-guru memberi dorongan kepada anak-anak untuk terus mencuba jika eksperimen yang dijalankan itu gagal.

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini