Astakona adalah perkataan Bahasa Melayu klasik yang bermaksud Segi 8 yang sering dipaparkan oleh masyarakat Melayu lama melalui ukiran rumah. Ini mengingatkan juga kita kepada lagu Taman Astakona pada tahun 90an.
Modul Astakona diambil idealismenya dan dirangka khusus bagi modul kanak-kanak 4 tahun di Tadika ABS bermula pada Januari 2020. Ianya disusun secara elemen berstruktur dengan gabungan 8 elemen dan merangkupi 3 aspek perkembangan manusia :
1) Aspek Komutif
2) Aspek Efektif
3) Aspek Fizikal KIT ASTAKONA
8 elemen yang dirangka adalah :
1) Tauhid
Aktiviti yang dilaksanakan berteraskan konsep tauhid dan keimanan kepada Allah.
2) Bahasa
Elemen yang penting untuk membantu anak-anak bertutur dengan betul dan mudah difahami. Ini dapat membantu anak-anak berinteraksi dengan orang sekeliling.
3) Muzik
Muzik dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan kerana ianyanya salah satu aktiviti yang menyeronokkan serta dapat membantu mereka mempertingkatkan kemahiran bahasa, sosial dan emosi.
4) Santun
Astakona memberi penekanan aspek budi bahasa, adab santun dan tertib perbuatan yang diterapkan pada usia 4 tahun.
5) Aktif
Pendekatan yang diterapkan lebih kepada aktiviti fizikal iaitu melibatkan pergerakan tubuh badan dengan bermain, nyanyian dan muzik gerakan kreatif. Malah ia dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi sosial emosi.
6) Cerita
Satu kaedah interaktif yang mampu merangsang penglibatan kanak-kanak untuk mereka bersoal jawab dan menguasai kemahiran mendengar. Mereka juga boleh mempelajari tauladan melalui sesuatu cerita.
7) Seni
Memberi kebebasan kepada kanak-kanak berfantasi dan berimaginasi mengikut kreativiti mereka bagi menghasilkan sesuatu karya.
8) STAMP
Singkatan kepada Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik ini membantu kanak-kanak meneroka dan membuat eksplorasi tentang benda-benda di sekeliling mereka dan menerokai dunia luar.
Medium kanak-kanak 4 tahun untuk mengesperistasikan melalui proses :
1) Penerokaan.
2) Penemuan konsep baru.
Elemen diaplikasikan dalam kit astakona ini adalah :
1) Projek brainstorming.
2) Melatih kanak-kanak dalam bekerjasama.
3) Diinspirasikan dari program PERMATA NEGARA.