KEPERIBADIAN ABDUL RAHMAN BIN AUF YANG DICONTOHI

Abdul Rahman bin Auf merupakan antara 8 orang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam dengan usaha dakwah kenalan perniagaan beliau iaitu Abu Bakar as-Siddiq. Antara sahabat yang mendapat tarbiyyah awal di rumah al-Arqam.

Nama penuh beliau adalah Abdul Rahman bin Auf bin Abdul Auf bin Harith bin Abdul Harith dan dilahirkan 44 tahun sebelum hijrah  (580 masihi) di Mekah.

Gelaran beliau sebelum memeluk Islam adalah Abdu Kaabah dan Abdu Amar tetapi selepas beliau memeluk Islam, nama panggilan beliau ialah Abu Muhammad. Beliau meninggal dunia pada tahun ke 32 hijrah (654 masihi) ketika berumur 74 tahun.

Semasa beliau berada di Mekah, beliau merupakan seorang usahawan yang kaya dan menyokong setiap perjuangan dan pergerakan Rasulullah. Beliau amat menyayangi Rasulullah S.A.W. dan memuliakan keluarga baginda.

Abdul Rahman Auf terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah S.W.T.

Beliau merupakan seorang yang memiliki keperibadian yang tinggi dan tidak suka mengharapkan ihsan daripada orang lain.

Beliau lebih gemar untuk berusaha dengan titik peluh sendiri daripada mendapat pertolongan orang lain. Bagi beliau tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Beliau akan bersedekah terlebih dahulu apabila menerima keuntungan daripada perniagaannya sebelum membelanjakan untuk kepentingan diri dan keluarganya.

Abdul Rahman Auf merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan.

Kisah dan keperibadian Abdul Rahman bin Auf menjadi inspirasi Modul USAHAWAN di Tadika ABS.

Modul ini dikenali sebagai KELAB ARAF. ARAF dibentuk dari nama Abdul Rahman Auf.

Melalui KELAB ARAF, secara tidak langsung anak-anak akan belajar tentang SIRAH.

Sudah tentu mereka akan diperkenalkan Abdul Rahman Auf semasa perlaksanaan pembelajaran KELAB ARAF.

Modul Keusahawanan ini disusun khas untuk melentur/menanam minda dan nilai keusahawan kepada anak-anak sejak usia mereka masih kecil.

Melalui modul ini anak-anak dilatih dengan kemahiran :

1. Kemahiran membuat keputusan & penyelesaian masalah.

2. Kemahiran negosiasi & bertolak ansur.

3. Kemahiran kolaborasi & bekerja dalam kumpulan.

4. Kemahiran kepimpinan & berdikari.

Antara aktiviti dalam KELAB ARAF ialah :

1. Pengenalan perkataan baharu.

2. Permainan.

3. Kerja projek.

4. Tayangan video/clip .

5. Lembaran aktiviti.

6. Buku Kerja.

7. Lawatan Luar.

8. Jemputan pelawat ke tadika.

9. Acara luar.

10. Simulasi.

11. Buku Skrap.

Semua aktiviti KELAB ARAF akan dilaksanakan secara VAK (Visual, Auditori dan Kinestatik)

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini