Selamat kembali ke sekolah, anak-anak semua.
Ada yang pertama kali berpisah dari ibubapa, yang berpindah suasana dan tempat, mahupun yang beralih kelas.
Ini bukan perkara mudah. Pelbagai perasaan dan emosi bercampur-aduk di jiwa. Gembira, resah, seronok dan risau. Lumrah menuju alam kedewasaan.
Sebagai ibubapa, inilah antara saat penting kita memberikan sokongan kepada anak-anak.
Berikut beberapa tips yang berguna:
- Berikan peluang anak berdikari, dalam masa yang sama pantau keperluannya dari segi emosi dan fizikal.
- Mendengar dan memperhatikan setiap aduan dan luahan perasaan anak. Raikan.~Mungkin anak berasa takut dan gementar, sedih, mahupun malu.
- Berikan sokongan dan sentuhan.~Ucapkan kata-kata positif, dan peluklah anak.
- Bina hubungan baik dan percayakan guru-guru.~Jadilah jambatan yang menghubung hubungan baik anak dan guru. Anak perlu tahu, kita percayakan guru dan secara tidak langsung membuatkan mereka lebih tenang ke sekolah.
Mudah-mudahan dipelihara Tuhan anak-anak kita semua.
Wan Erni
Coventry UK