“Adik, nanti di sekolah baru adik akan jumpa kawan baru. Bukan sahaja baju dan kasut sekolah sahaja baru tau.”
“Kita doakan kawan-kawan adik nanti baik-baik macam Adik.”
Apabila menghadapi suasana baru, tidak dinafikan banyak kerisauan akan difikirkan. Kita sebagai orang dewasa pun kerapkali tidak dapat mengawal emosi, inikan pula anak-anak.
Di sinilah, pentingnya komunikasi keluarga dan persediaan awal. Berbincanglah tentangnya. Carilah sesuatu perkara yang menggembirakan untuk menaikkan semangat.
Contohnya:
> pakaian baru mungkin menceriakan hari pertama di sekolah.
> guru yang sudah berkenalan lebih awal.
> buatlah gambar rajah atau carta aliran rutin baru bersama.
Raikan kerisauan anak, dan tangani dengan baik. Anak yang gembira emosi pasti lebih bersedia dan positif.
Mudah-mudahan.
Wan Erni
Coventry UK