Tadika Berdaftar KPM – Tadika ABS

Tadika Berdaftar KPM

“Tadika ABS berdaftar KPM ke? Penting ke tadika berdaftar KPM ni?”

Sudah pasti persoalan seperti ini akan timbul buat para ibu bapa yang ingin memastikan bahawa tadika pilihan buat anak-anak mereka telah berdaftar bersama KPM, agar lebih selamat dan menyakinkan. Hal ini kerana, pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu proses penting untuk perkembangan minda mereka. Oleh itu, pemilihan tadika juga memainkan perkara penting kerana pelbagai aspek akan diambil kira.

Jadi di sini, kami akan memberikan anda sedikit info tentang kepentingan tadika yang berdaftar di bawah KPM. Jika anda nak tahu, mari baca perkongsian ini.

Penting Atau Tidak Untuk Tadika Berdaftar di Bawah KPM?

Bagi menubuhkan sesebuah tadika, ia memerlukan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini kerana, KPM amat menitikberatkan pelbagai aspek seperti yuran, kemudahan, keselamatan, pengurusan murid dan sebagainya.

Bahkan, proses permohonan pendaftaran juga memerlukan pemohon untuk melengkapi pelbagai syarat yang telah ditetapkan oleh KPM. Syarat-syarat tersebut sudah semestinya demi mengutamakan kebajikan para kanak-kanak, ibu bapa dan guru-gurunya. Oleh itu, amat penting bagi sesebuah tadika untuk berdaftar dengan KPM.

Tadika ABS merupakan salah satu contoh tadika swasta yang menepati segala syarat-syarat tersebut, dan sekali gus telah mendapatkan kelulusan daripada KPM. Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendaftarkan anak-anak yang berusia 4 hingga 6 tahun di Tadika ABS. Hal ini kerana, pembinaan Tadika ABS sememangnya dijamin selamat dan terbaik daripada pelbagai aspek.

Silibus Pembelajaran | Tadika Berdaftar KPM

Silibus pembelajaran yang digunakan oleh Tadika ABS untuk pelajar juga adalah mengikut ketetapan KPM, iaitu dengan melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Rancangan Pelajaran Harian (RPH), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan banyak lagi.

Di samping itu, bahasa pengantar yang digunakan di Tadika ABS pula adalah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk memudahkan kefahaman murid-murid untuk peringkat awal pembelajaran. Namun begitu, Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap diambil berat dengan memperkenalkan Modul Smart English sebagai bahasa komunikasi kedua.

Tadika Berdaftar KPM

Selain berdaftar bersama KPM, Tadika ABS juga akan memastikan para gurunya diberikan latihan secukupnya melalui Latihan Guru secara berkala di bawah seliaan KPM. Latihan yang diberikan kepada para guru adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran sedia ada, dalam teknik pengajaran dan pembelajaran.

Melalui latihan tersebut juga, ia dapat membantu para guru dalam memantapkan beberapa hal seperti sesi pengajaran, pengurusan pelajar dan memastikan modul pembelajaran dapat disampaikan dan difahami dengan baik oleh para pelajar. Hal ini secara tidak langsung akan mengurangkan keraguan para ibu bapa dalam menilai kemampuan dan kebolehan para guru di Tadika ABS.

Modul Pembelajaran | Tadika Berdaftar KPM

“Bagaimana dengan modul pembelajaran? Semua tadika sama atau berbeza?”

Untuk makluman anda, modul yang digunakan oleh Tadika ABS adalah berbeza dengan tadika-tadika lain. Hal ini kerana Modul Khusus Tadika ABS adalah lebih unik berbanding tadika-tadika swasta lain. Modul yang digunakan bukan sahaja dipenuhi dengan kandungan ayat dan latihan semata-mata, tetapi juga boleh dilaksanakan dalam bentuk permainan.

Selain itu, Tadika ABS turut menggunakan modul yang berteraskan kemahiran, sains dan banyak lagi dalam mempelbagaikan modul pembelajarannya.

Cara Mendaftar

Tadika Berdaftar ABS
Sumber: Facebook Tadika ABS

Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke Tadika ABS, pendaftaran kami akan dibuka sepanjang tahun, tertakluk kepada kekosongan yang ada.

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran tahun 2023 juga telah dibuka! Jika anda berminat untuk ketahui info lanjut atau ingin membuat sebarang pendaftaran, anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp di nombor 011 5970 9373.

Syarat Kelayakan Mendaftar

Tadika Berdaftar KPM

Tadika ABS tidak mengenakan sebarang syarat khusus bagi ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran kemasukan anak ke tadika. Namun, ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak berada dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun sahaja.

Jika ibu bapa ingin mendaftarkan anak-anak bagi kemasukan tadika pada umur 4 tahun, perlu dipastikan bahawa pendaftaran telah dibuat ketika anak tersebut memasuki umur 3 tahun.

Yuran Tadika ABS | Tadika Berdaftar KPM

Tadika ABS turut menetapkan satu amaun yuran bagi kemasukan pelajar. Yuran yang dikenakan pula adalah berdasarkan pakej yuran mengikut keperluan ibu bapa dan sememangnya berpatutan. Oleh itu, anda tidak perlu risau dengan bayaran yuran yang akan dikenakan, kerana anda sendiri boleh memilih pakej mengikut kemampuan.

Selain berdaftar, yuran yang dikenakan oleh Tadika ABS juga telah mendapat persetujuan daripada pihak KPM. Jadi, anda tidak perlu risau tentang amaun yuran yang dikenakan, kerana ia bukan sewenang-wenangnya diletakkan.

Pertanyaan Lanjut

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS