TADIKA SRI SERDANG

Pengenalan

Tadika ABS Sri Serdang mula beroperasi pada tahun 2015 sebagai salah satu tadika pilihan ibubapa di komuniti Taman Sri Serdang dan sekitar dalam pendidikan awal kanak-kanak khususnya bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.

Keunikan Tadika ini dalam menerapkan nilai keusahawanan, Bahasa Melayu Tinggi dan Teknik Mendorong Anak Positif sebagai pilihan ibubapa sesuai dengan wawasan pendidikan Tadika Aktif Bijak Santun, “Mempersiapkan anak-anak untuk masa hadapan”.

Tadika Aktif Bijak Santun komited dalam
melahirkan generasi yang

1.            Cintakan Allah dan Rasul.

2.            Sayangi negara.

3.            Berkeyakinan diri dan pandai berdikari.

4.            Kreatif dan Inovatif.

5.            Bijak komunikasi.

6.            Celik Wang.

7.            Santun dan berakhlak halus.

8.            Cerdik STEM.

Kurikulum

Tadika ABS menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dalam perlaksanaan aktiviti yang  ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu, Tadika ABS menawarkan dua modul tambahan iaitu Little Ibnu Sina (Sains dalam bercerita) dan Kelab Araf (Nilai Keusahawanan).

Nilai-nilai murni dan akhlak yang baik bagi melahirkan generasi santun yang berilmu juga diterapkan dalam aktiviti harian. Justeru itu, Tadika ABS komited  membimbing murid dalam perkembangan awal secara menyeluruh dan menumpukan potensi serta kekuatan murid itu sendiri.

Bagi murid Islam, ilmu tauhid, solat, hafazan dan Iqra’  diterapkan di dalam pembelajaran dan aktiviti harian mengikut kesesuaian peringkat umur murid. Tadika ABS Sri Serdang juga menerima murid bukan Islam dengan penyesuaian aktiviti untuk mereka.

Khusus untuk murid 4 tahun, satu modul khas telah dibangunkan yang lebih menarik dan ceria bagi meneroka pengetahuan baru.

Modul Astakona ini menekan 8 pendekatan pengajaran iaitu tauhidik, teroka, holistik, aktif, bijak, santun, sosial dan bermain dalam memberi keseronokan kepada murid sepanjang tempoh pembelajaran sebagai satu aktiviti transisi untuk peringkat seterusnya.

Guru
terlatih

Bagi memastikan kurikulum, modul dan program yang ditawarkan dilaksanakan dengan baik, Tadika ABS Sri Serdang menyediakan guru yang terlatih membimbing dan berpengalaman dalam menguruskan murid-murid 4 hingga 6 tahun, dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang pembantu guru untuk operasi harian.

Guru-guru yang ceria dan aktif ini sentiasa diberi latihan berkala untuk menambah kemahiran yang sesuai dengan perkembangan masa. Latihan guru utama dilaksanakan dua kali setahun semasa cuti sekolah.  Antara latihan yang diwajibkan dihadiri guru ialah

  1. Mengawal Tingkahlaku Kanak-kanak.
  2. Mendorong murid secara positif.
  3. Little Ibnu Sina (Sains dalam bercerita).
  4. Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi.
  5. Penyediaan Rancangan Pengajaran dan alat bantuan mengajar (ABM).
  6. Pendedahan asas anak Autisme oleh ikurnia.
  7. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
  8. Perlaksanaan modul dan aktiviti mengikut matapelajaran.
  9. Kursus penyediaan makanan dan suntikan Thypoid.

Premis
dan Fasiliti

Tadika ABS Sri Serdang adalah antara tadika terbaik di Sri Serdang dalam menyediakan ruang yang selesa, luas dan bersesuaian dengan jumlah pengambilan pelajar setiap tahun.

Premis ini boleh memuatkan 45 orang murid dengan 4 orang guru serta pembantu guru pada satu-satu masa. Berkonsepkan minimalis tanpa mural yang sarat, dengan warna dinding yang bersesuaian untuk memberi fokus murid kepada guru dan aktiviti pembelajaran.

Ruang aktiviti utama disediakan khusus untuk aktiviti tertentu, ruang makan, pejabat, tandas yang bersih, ruang penyediaan makanan dan dan ruang belajar yang ceria.

Premis ini dilengkapi dengan penghawa dingin bagi keselesaan murid dan juga terdapat penapis air Coway bagi memastikan murid mendapat minuman air yang bersih. Manakala makanan dihantar oleh pihak katering yang mempunyai sijil pengendalian makanan dan suntikan Thypoid bagi memastikan makanan yang dihantar adalah bersih dan selamat.

Dari segi keselamatan, Tadika ini juga
dilengkapi dengan jeriji, alat pemadam api dan peti pertolongan cemas.
Guru-guru juga diberikan pendedahan untuk mengendalikan situasi kecemasan jika
perlu.

Yuran

Yuran bulanan yang ditawarkan adalah
berpatutan mengikut pakej bermula RM260 untuk Pakej Tadika dan maksimum RM420
untuk pakej petang. Yuran tahunan adalah berbeza mengikut umur pelajar.
Maklumat terperinci yuran boleh dirujuk kepada pihak pengurusan Tadika bagi maklumat
lanjut.

Pembayaran yuran sepenuhnya menggunakan
transaksi online dan penggunaan Sistem SMAP untuk memudahkan urusan pembayaran
dibuat oleh ibubapa.

Waktu
Operasi

Waktu operasi bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi pakej tadika dan hingga jam 5.00 petang untuk pakej petang. Caj lewat masa yang dikenakan adalah RM6 sejam. Tadika juga dibuka pada hari Sabtu iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk aktiviti khusus.

Lokasi

Kedudukan Tadika ABS Sri Serdang terletak di tangah-tengah kawasan Sri Serdang yang memudahkan ibubapa untuk mengambil dan menghantar anak.

Terletak sederet dengan Mr. DIY Taman Sri Serdang, berhadapan Jabatan Pendaftaran Negara. Di sekeliling Tadika juga terdapat dua Taska yang membolehkan ibubapa menghantar anak berumur kurang dari 3 tahun di kawasan itu.

Program
Tahunan dan Program Tambahan

Tadika Aktif Bijak Santun Cawangan Sri Serdang juga sentiasa menawarkan program tambahan sebagai pilihan ibubapa selain dari kelas membaca, program cuti sekolah, seni kreatif.

Tahun ini  Program Hang Nadim diperkenalkan iaitu gabungan kelas silat dan kelas membaca serta menulis Jawi kerjasama dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Sendeng.

Acara tahunan seperti Hari Apresiasi Bakat dan Karnival sukan merupakan aktiviti yang sentiasa ditunggu oleh ibubapa bagi meraikan anak-anak mereka.

Selain itu cawangan ini sentiasa merancang dan melaksanakan program berkala yang berbeza setiap tahun dan juga aktiviti yang melibatkan penglibatan ibubapa murid seperti

  1. Messy Day.
  2. Kem Ramadan.
  3. Melukis dan Mewarna baju.
  4. Karnival jualan.
  5. Agroscience projek.

Pendaftaran

Pendaftaran tahunan dibuka pada bulan Ogos,
ibubapa boleh menghubungi 013 399 7271 untuk temujanji dan lawatan. Pengambilan
pelajar juga dibuka sepanjang tahun mengikut kekosongan dan kuota pelajar untuk
setiap kelas.

Layari Facebook Page Tadika ABS Sri Serdang
https://www.facebook.com/abs.sriserdang/
 untuk mengetahui aktiviti yang telah dan
sedang dilaksanakan. Klik www.tadikaabs.com
untuk maklumat lanjut dan cawangan lain Tadika ABS.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini