Tadika Swasta Terbaik di Malaysia – Tadika ABS

Tadika Swasta Terbaik Di Malaysia

Wujudkah tadika swasta terbaik di Malaysia? Adakah anda sedang mencari tadika swasta untuk menempatkan anak-anak dalam mendapatkan pendidikan awal? Ingin mencari tadika swasta yang terbaik, tetapi tidak tahu tadika swasta apa yang terbaik di Malaysia?

Persoalan demi persoalan … Tapi jawapan yang anda cari, sudah ada di sini. Di sini, para ibu bapa akan memperoleh beberapa info penting yang boleh memudahkan pencarian tadika swasta buat anak-anak anda!

Mari sama-sama kita baca perkongsian tentang tadika swasta terbaik di Malaysia ini.

Tadika ABS | Tadika Swasta Terbaik di Malaysia

Sumber: Tadika ABS

Tadika merupakan salah satu tempat bagi kanak-kanak mendapatkan pendidikan awal mereka. Tadika juga terdiri daripada dua jenis iaitu, tadika kerajaan dan juga tadika swasta. Untuk pengetahuan anda, sudah lebih daripada 10 000 tadika yang ditubuhkan di Malaysia. Misalnya, terdapat beberapa tadika yang terkenal sejak dahulu seperti Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan, prasekolah dan sebagainya.

Namun adakalanya, tadika swasta jugalah yang menjadi pilihan ibu bapa pada masa kini kerana 3 faktor utamanya iaitu:

  1. Kelebihan nilai tawaran modul dan program yang disediakan oleh pihak tadika.
  2. Kepelbagaian kemudahan dan fasiliti yang disediakan.
  3. Pakej program tambahan yang ditawarkan dalam memudahkan ibu bapa.

Selain itu, tadika swasta juga turut menawarkan modul tambahan yang berbeza dan dilengkapi dengan pelbagai program tambahan lain, demi memenuhi keperluan murid dan ibu bapa masa kini.

Tetapi, itu bukan bermaksud bahawa tadika kerajaan dan prasekolah sudah tidak menjadi pilihan lagi. Cumanya, sesetengah ibu bapa lebih selesa untuk memilih tadika swasta di Malaysia dalam memberikan pendidikan awal terbaik buat anak-anak mereka.

Mari Kenali Tadika ABS | Tadika Swasta Terbaik Di Malaysia

Tadika ABS ini merupakan salah satu tadika swasta terbaik di serata Malaysia. Pelbagai tawaran turut diberikan buat para ibu bapa, yang pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk menghantar anak-anak ke sini. Antara yang ditawarkan Tadika ABS ialah:

  1. Persekitaran pembelajaran yang mengutamakan keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid.
  2. Mendorong tingkah laku positif murid melalui Teknik Mendidik Gaya Nabi.
  3. Penerapan amalan dan budaya melayu tinggi dalam proses pendidikan.
  4. Penerapan nilai keusahawanan dan kewangan.
  5. Pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan komprehensif bagi mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

Bermula Umur Berapa Kanak-kanak Boleh Ditempatkan di Tadika ABS?

Tadika Swasta Terbaik Di Malaysia
Sumber: Tadika ABS

Untuk maklumat anda lagi, Tadika ABS menerima kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Sekiranya anak anda berada dalam lingkungan umur tersebut, mereka sememangnya layak untuk didaftarkan di Tadika ABS.

Jika anak-anak sudah berumur 3 tahun dan anda ingin mendapatkan pendidikan awal buat mereka, anda juga boleh membuat proses pendaftaran terlebih dahulu di Tadika ABS, sebelum mereka memulakan pembelajaran pada umur 4 tahun nanti.

Perbezaan Tadika ABS dan Tadika Lain

Setiap tadika pasti mempunyai kelainan yang menunjukkan perbezaan mereka dengan tadika-tadika yang lain. Tidak kiralah sama ada daripada segi metod pengajaran, modul dan sebagainya. Bagi Tadika ABS, terdapat beberapa perbezaan yang boleh anda ketahui, jika dibandingkan dengan tadika-tadika lain seperti:

1) Guru-guru menggunakan Teknik Nabi

Guru-guru di Tadika ABS menggunakan Teknik Nabi sebagai teknik mendorong murid secara positif . Berdasarkan pendekatan Teknik Mendorong Tingkah Laku Positif Kanak-kanak, terdapat 4 prinsip utama iaitu :

  • Teknik Memuji
  • Teknik Tidak Mengkritik
  • Teknik Memberi ganjaran Sosial
  • Teknik Meningkatkan Keyakinan

Sejak awal penubuhan Tadika ABS hingga ke hari ini, teknik ini telah terbukti berkesan dalam membentuk budaya dan persekitaran yang positif di Tadika ABS.

Kami mendapati bahawa kanak-kanak yang didorong dengan pujian, akan saling berlumba-lumba untuk melakukan sesuatu tugasan dengan lebih baik. Mereka juga melakukan tugasan tanpa perlu dipaksa-paksa.

Kanak-kanak yang tidak dikritik atau dimarahi secara terbuka hasilnya menjadikan mereka berkeyakinan tinggi dan bekebolehan menguasai sesuatu kemahiran itu dengan baik. Mereka berani mencuba dan ingin berusaha sendiri tanpa bantuan.

2) Aplikasi Bahasa dan Budaya Tinggi

Tadika ABS akan memastikan semua guru-guru mengaplikasikan Bahasa dan Budaya tinggi untuk menerapkan budaya dan akhlak halus dalam diri generasi kini.

3) Menerapkan 6 Nilai Preneurship

Dalam nilai keusahawanan dan bijak kewangan, ada 6 nilai teras utama yang mahu disemai dalam peribadi murid Tadika ABS. 6 nilai ini adalah kepintaran sosial, berintegriti, altruism, kreativiti, diplomasi dan righteousness.

Melalui pendidikan berteraskan 6 nilai ini, ianya menekankan kepada pembangunan karakter dan sikap kanak-kanak sebagai persediaan menjadi pemimpin pada masa akan datang dan memberi manafaat kepada orang lain.

4) Di Tadika ABS tiada peperiksaan mahupun kerja rumah.

Peperiksaan akan digantikan dengan mini projek yang perlu dilaksanakan bersama keluarga. Ini salah satu cara untuk memastikan ibubapa juga terlibat dalam pembelajaran awal anak-anak mereka.

Kami menilai murid secara menyeluruh bukan berasaskan akademik sahaja. Penilaian ini dibuat secara berkala sepanjang tahun merangkumi aspek sikap, tingkah laku, kecenderungan bakat, dan kebolehan asas yang perlu dicapai pada tahap umur mereka.

5) Tadika ABS menyediakan program-program tambahan menarik sepanjang tahun seperti

  • Program Cuti sekolah
  • Kelas Intensif Membaca BM/BI/Iqra/Jawi
  • Sokongan Keibubapaan
  • Taekwando/silat/berenang/memanah (tertakluk kepada cawangan)

*Program ini juga dibuka untuk sekolah rendah

Hal-hal inilah yang menjadikan Tadika ABS sebagai tadika swasta terbaik di Malaysia kerana metod pendidikan yang digunakan sangat efektif untuk anak-anak anda, dalam mendapatkan pendidikan awal yang lebih cemerlang, serta penuh adab.

Tambahan pula, Tadika ABS bukan hanya menekankan tentang pencapaian akademik, namun kami mahu memastikan kanak-kanak dapat menikmati proses pembelajaran yang mereka lalui di sini.

Matlamat Tadika ABS | Tadika Swasta Terbaik Di Malaysia

Tadika Swasta Terbaik Di Malaysia
Sumber: Tadika ABS

Setiap tadika, tidak kira sama ada swasta ataupun kerajaan, pasti mempunyai matlamat yang ingin dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat setiap tadika juga adalah berbeza bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Visi dan Misi merupakan perkara yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi. Oleh itu, Visi dan Misi Tadika ABS ialah:

  1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan menggembirakan.
  2. Melahirkan generasi berakhlak baik, berbudi bahasa dan bersopan santun melalui Bahasa & Budaya Tinggi, iaitu Teknik Mendorong Anak Positif (Teknik Nabi).
  3. Memupuk nilai keusahawanan dan bijak kewangan melalui 6 nilai Preneurship.

Berdasarkan visi dan misi tersebut, dapat dilihat bahawa Tadika ABS meraikan fitrah perkembangan awal kanak-kanak supaya seronok dan gembira ke Tadika sesuai dengan peringkat umur mereka yang baru mahu mula menerokai ilmu.

Tadika ABS juga mendahulukan pendidikan adab budaya serta akhlak santun dan menanam iman dalam mendidik anak-anak.

Tenaga Pengajar Tadika ABS | Tadika Swasta Terbaik Di Malaysia

Anda pasti tertanya-tanya tentang tenaga pengajar atau guru yang bakal mengajar anak-anak anda, bukan? Hal ini kerana, latar belakang seorang guru juga memainkan peranan penting sekaligus memberi pengaruh terhadap kepercayaan ibu bapa dalam proses pendidikan awal anak-anak yang berusia 4 hingga 6 tahun.

Namun, anda tak perlu risau kerana Tadika ABS akan memastikan tenaga pengajar adalah daripada kalangan yang:

✅ Bertanggungjawab
✅ Penuh disiplin
✅ Berwibawa
✅ Sayang kanak-kanak

Sebagai tadika swasta terbaik di Malaysia, Tadika ABS akan memastikan para pengajar diberikan latihan sebaiknya dan mempunyai latar belakang yang baik. Hal ini kerana, kami ingin pastikan bahawa anak-anak anda mampu mendapatkan pendidikan yang terbaik daripada tenaga pengajar yang terbaik!

Lokasi Tadika ABS | Tadika Swasta Terbaik di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, ada sebab mengapa Tadika ABS digelar sebagai tadika swasta terbaik di Malaysia. Hal ini kerana, Tadika ABS bukan berada di satu tempat sahaja … Tetapi, terdapat banyak lagi Tadika ABS yang turut dibangunkan di negeri-negeri lain seperti:

✅ Selangor
✅ Kedah
✅ Perak
✅ Kelantan
✅ Pahang
✅ Sabah

Bagaimana Pula Waktu Operasi Tadika ABS?

Untuk pengetahuan anda, Tadika ABS beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 A.M. – 6:00 P.M.

Namun, ia sedikit berbeza bagi cawangan Kedah dan Kelantan, yang beroperasi setiap hari Ahad hingga Khamis.

Sekiranya anda berada di negeri-negeri yang dinyatakan tadi, anda boleh daftarkan anak-anak di Tadika ABS tanpa ragu-ragu lagi, mengikut waktu operasi yang dinyatakan. Jangan lepaskan peluang untuk daftarkan anak anda ke Tadika ABS sekarang juga!

Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS