Tadika Terbaik di Raub – Tadika ABS

tadika terbaik di Raub

Fuh, ada ke tempat pendidikan awal terbaik untuk anak-anak dekat Raub ni? Eh, sudah semestinya ada! Untung betul orang Raub sebab anak-anak mereka boleh dapatkan pendidikan awal yang terbaik di sana! Tak lain tak bukan, Tadika ABS namanya. Tadika ABS, sememangnya salah satu tadika terbaik di Raub, Pahang, pilihan anda.

Nak tahu di mana Tadika ABS terbaik di Raub ini beroperasi? Jom baca perkongsian ini sampai habis.

Tadika Aktif. Bijak. Santun Pilihan Warga Raub!

tadika terbaik di Raub

Sekiranya anda mencari tadika terbaik di Raub, Pahang, sudah tentu Tadika ABS akan menjadi pilihan utama untuk pendidikan awal anak-anak anda. Bagi yang masih tertanya-tanya di mana terletaknya Tadika ABS Raub ini, ia terletak di Bandar Raub, bersebelahan LPPKN, Pahang.

Untuk memudahkan urusan anda dalam mencari Tadika ABS terbaik di Raub ini, boleh sahaja Waze “Tadika ABS Raub”. Hanya dengan satu klik, anda akan terus sampai ke tadika terbaik di Raub ini!

Kelebihan Tadika ABS Raub Yang Anda Perlu Tahu

tadika terbaik di Raub

Kenapa Tadika ABS ini menjadi pilihan ramai ibu bapa di Raub, Pahang?

Jawapannya adalah kerana, Tadika ABS Raub ini ada menawarkan modul tambahan berbeza yang dilengkapi dengan pelbagai program tambahan lain. Apa yang pasti, ia sememangnya memenuhi keperluan murid dan juga ibu bapa masa kini.

Program-program yang ditawarkan juga amat membantu anak-anak dalam perkembangan basic skills‘survival’ skills, dan skill kognitif yang menjadikan anak-anak lebih berdikari seawal berumur 4 tahun. Memang terbaik Tadika ABS di Raub ini!

Perbezaan Tadika Terbaik Di Raub Dengan Tadika Lain

tadika terbaik di Raub

Tadika ABS mempunyai cara didikan dan pembelajaran yang tersendiri dalam memastikan anak muridnya dapat mempelajari sesuatu dengan penuh jaya.

Guru-guru di Tadika ABS akan mendidik anak-anak melalui dorongan tingkah laku positif, menggunakan “Teknik Mendidik Anak Gaya Nabi”. Penggunaan teknik ini adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan selesa, agar mampu mendorong emosi mereka ke arah yang sihat untuk membolehkan anak-anak belajar dengan lebih gembira dan berkeyakinan.

Dalam erti kata lain, anak-anak dapat belajar sambil bermain dengan metod ‘playschool’, agar impak dalam menarik anak-anak untuk minat belajar menjadi lebih tinggi.

Antara Aktiviti–Aktiviti yang Menarik Untuk Anak Anda

Selain daripada pembelajaran silibus asas, Tadika ABS turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan seperti:

1. Karnival Sukan dan Permainan

Kanival Sukan ini akan diadakan pada setiap tahun, di mana karnival ini melibatkan semua pelajar Tadika ABS. Banyak acara sukan akan diadakan seperti acara lumba lari, mahupun acara tarik tali.

Acara tahunan ini diadakan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa mereka, melalui aktiviti bersukan. Anak-anak pasti lebih bersemangat dan dapat belajar tentang kerjasama secara berkumpulan.

2. Lawatan Tahunan

Anda pasti tertanya-tanya jika pelajar tadika akan menyertai lawatan sambil belajar atau tidak, kan? Jawapannya adalah ya!

Hal ini membantu anak-anak dalam merapatkan silaturrahim, dan secara tidak langsung, belajar untuk berinteraksi dengan sahabat baru daripada kelas yang berbeza. Acara seperti ini mampu melatih seni berkomunikasi mereka bersama orang luar.

Selain itu, lawatan sambil belajar juga mampu merangsang minda anak-anak, serta tubuh badan dan pancaindera mereka. Hal ini kerana, akan diselit juga aktiviti yang memerlukan anak-anak untuk menyentuh, menghidu, merasa dan melihat melalui pancaindera.

3. Hari Apresiasi Bakat

Hari Apresiasi Bakat merupakan salah satu majlis graduasi buat anak-anak Tadika ABS terbaik di Raub, Pahang. Anda akan berpeluang melihat anak-anak kecil membuat persembahan dan menunjukkan bakat di atas pentas tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga akan melihat anak-anak menerima segulung sijil tamat pengajian di prasekolah dengan penuh kegembiraan.

Untuk makluman anda, program ini merupakan salah satu platform terbaik dalam menghubungkan silaturrahim Tadika ABS dan para ibu bapa, di samping menghargai kecemerlangan pendidikan anak-anak tersebut. Aktiviti sebegini sudah semestinya dapat menambah disiplin serta keyakinan anak-anak untuk lebih berani menampilkan bakat mereka.

Memang hebat usaha Tadika ABS terbaik di Raub, Pahang ini kan? Tadika ABS bukan sahaja ingin anak-anak belajar dengan baik, namun ingin membantu agar anak-anak dapat merasai keseronokan akiviti yang disediakan. Memang terbaik Tadika ABS di Raub, Pahang!

Pertanyaan Lanjut

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS