Tadika Terbaik di Sandakan Sabah – Tadika ABS

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah

Wujudkah tadika terbaik di Sandakan Sabah? Bagaimana dengan suasana di tadika tersebut? Adakah tadika di Sandakan Sabah dan di semenanjung berbeza?

Terlalu banyak persoalan yang terbit di fikiran mengenai pencarian tadika terbaik di Sandakan Sabah ini. Sedikit sebanyak, pertanyaan sebegini pasti akan mempengaruhi pilihan ibu bapa dalam mencari tempat pendidikan awal terbaik buat anak-anak.

Di tambah pula, jika anda perlu berpindah-randah dan akhirnya perlu ke Sandakan Sabah bersama keluarga atas sebab pekerjaan. Pasti agak sukar bagi anda untuk mencari antara tadika terbaik yang ada di Sandakan Sabah ini. Namun begitu, anda tidak perlu risau lagi, kerana jawapan yang anda inginkan ada di sini!

Kami akan berkongsi maklumat tentang tadika terbaik di Sandakan Sabah yang mungkin boleh anda gunakan pada masa akan datang. Mari teruskan membaca perkongsian ini…

Kenapa Tadika ABS Menjadi Pilihan Para Ibu Bapa? | Tadika Terbaik di Sandakan Sabah

Tadika terbaik di Sandakan Sabah
Sumber: Facebook Tadika ABS

Pemilihan tadika terbaik dalam menempatkan anak-anak berusia 4 hingga 6 tahun bagi pendidikan awal, bukanlah perkara mudah dan memerlukan masa yang agak lama. Hal ini kerana, pelbagai aspek perlu dititikberatkan seperti keselamatan, suasana pembelajaran, lokasi dan sebagainya.

Semua aspek ini perlu dititikberatkan agar ibu bapa berasa lebih yakin untuk melepaskan anak-anak di tempat belajar. Walau bagaimanapun, segala kegusaran ini boleh diselesaikan bersama Tadika ABS, salah satu tadika terbaik di Sandakan Sabah. Tawaran yang kami sediakan juga pasti akan menarik minat dan keyakinan para ibu bapa di luar sana.

Antara tawaran yang disediakan adalah:

  1. Teknik pengajaran dan pembelajaran.
  2. Persekitaran tadika untuk proses pembelajaran.
  3. Penerapan amalan dan budaya melayu tinggi dalam proses pendidikan.
  4. Penerapan nilai keusahawanan dan kewangan.
  5. Pendidikan awal kanak-kanak yang membantu mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

Pendek kata, Tadika ABS sememangnya merupakan salah satu pilihan terbaik untuk menempatkan anak-anak anda bagi mendapatkan pendidikan awal di Sandakan Sabah!

Program Atau Aktiviti Tambahan yang Disediakan Oleh Tadika ABS

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah
Sumber: Facebook Tadika ABS

Pelbagai aktiviti atau program tambahan yang menarik turut dilakukan di Tadika ABS. Aktiviti tambahan ini diadakan bertujuan untuk mengelakkan para pelajar berasa bosan setelah penat belajar seharian. Jadi, kami telah mempelbagaikan aktiviti atau program dalam menarik minat para pelajar untuk datang ke tadika bagi sesi pembelajaran pada hari-hari yang mendatang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

  1. Acara sukan tahunan.
  2. Lawatan sambil belajar.
  3. Hari Apresiasi Bakat.

Jadi, anda tidak perlu risau jika berhasrat untuk memasukkan anak-anak ke Tadika ABS terbaik di Sandakan Sabah ini, kerana pelbagai aktiviti akan dilakukan yang membolehkan para pelajar menjadi lebih bersemangat dan ceria sepanjang berada di tadika.

Bahasa yang Digunakan Di Tadika ABS

Tadika Terbaik di Sandakan Sabah
Sumber: Facebook Tadika ABS

Bahasa yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di Tadika ABS adalah bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Penggunaan bahasa semasa sesi pembelajaran adalah bersesuaian dengan subjek dan modul yang digunakan. Hal ini kerana, tadika kami bukan sahaja mengajar bahasa Melayu semata-mata, tetapi, pelbagai modul seperti bahasa Inggeris, agama dan sebagainya turut diajar kepada para pelajar.

Secara tidak langsung, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai perkara dengan penggunaan bahasa yang sesuai dalam proses pembelajaran anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun ini.

Alamat Lokasi Tadika ABS | Tadika Terbaik di Sandakan Sabah

Untuk pengetahuan anda, Tadika ABS di Sandakan Sabah hanya ada satu sahaja iaitu di alamat, Blok 29, B227, Lorong 8 Jalan Airport, Batu, 7, Taman Sejati Ujana, 90000 Sandakan, Sabah.

Waktu Operasi Tadika ABS terbaik di Sandakan Sabah ini juga adalah seperti berikut:

  • Setiap Isnin hingga Jumaat
  • Jam 6:30 a.m. hingga 5:00 p.m.

Pertanyaan Lanjut

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS