Tadika Terbaik di Selangor – Tadika ABS

Tadika Terbaik di Selangor

Mencari tadika terbaik di Selangor? Ingin menempatkan anak-anak anda di sebuah tadika yang terbaik untuk pendidikan awal mereka? Nak tahu di mana tadika terbaik yang boleh anda percayai di sekitar Selangor? Siang malam mencari info tentang tadika terbaik di Selangor, tetapi tetap tidak jumpa jawapannya? Baiklah…

Tadika merupakan salah satu tempat pendidikan awal terbaik bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun. Pemilihan tadika amat penting dan memerlukan ketelitian daripada pelbagai aspek. Hal ini kerana, di awal usia kanak-kanak, mereka lebih mudah menyerap ilmu dan lebih mudah mempelajari pelbagai hal di sekeliling mereka.

Jadi, bukan sahaja pembelajaran yang penting dalam pemilihan sesebuah tadika … Namun, keselamatan dan kredibiliti tadika tersebut juga perlulah diambil kira. Jika anda inginkan info lanjut tentang salah satu tadika terbaik di Selangor, mari teruskan membaca perkongsian ini!

Tadika ABS | Tadika Terbaik Di Selangor

Tadika Terbaik di Selangor
Sumber: Tadika ABS

Salah satu tadika terbaik yang ada di Selangor ialah, Tadika ABS. Tadika ABS merupakan sebuah tadika swasta yang memiliki persekitaran selesa, ceria dan yang paling penting adalah, keselamatannya dalam memberikan kesan positif kepada pelajar.

Selain itu, Tadika ABS juga sering menjadi pilihan ibu bapa kerana kami turut menyediakan kemudahan dan fasiliti yang memenuhi kriteria mereka.

Tambahan pula, kami juga menyediakan pakej program yang akan memudahkan ibu bapa, serta pelbagai aktiviti unik untuk menarik perhatian para pelajar. Apa yang pasti, tawaran tersebut sememangnya sesuai untuk para pelajar yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun.

Modul Pembelajaran | Tadika Terbaik Di Selangor

Untuk makluman anda, modul pembelajaran yang digunakan oleh Tadika ABS adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Tadika Terbaik di Selangor
Sumber: Facebook Tadika ABS

KSPK merupakan satu teras yang menekankan konsep pengajaran terhadap kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berdasarkan enam Tunjang Pembelajaran yang berteraskan pengetahuan, kemahiran dan juga nilai. Di samping itu, Tadika ABS turut menggunakan modul khusus seperti:

  1. Little Ibnu Sina (Sains.Cerita.Eksplorasi). Fokus untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran sains melalui penceritaan dan eksperimen mudah.
  2. Kelab Araf Modul. Khusus mendedahkan murid tentang konsep wang dan minda keusahawanan
  3. Bahasa dan Budaya Tinggi. Pembudayaan akhlak halus dan santun dalam diri anak-anak.
  4. Smart English Modul. Pembelajaran English dengan mudah dan seronok melalui komunikasi.
  5. Smart Muslim Modul. PraKafa yang merangkumi Hafazan, Tauhid, Sirah, pembelajaran Bahasa Arab dan solat.
  6. Play and Learn Astakona Modul. Modul untuk murid 4 tahun yang santai dan disusun khusus untuk murid di usia ini.

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Tadika Terbaik di Selangor
Sumber : Facebook Tadika ABS

Antara teknik yang digunakan oleh Tadika ABS dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah teknik belajar sambil bermain.

Teknik ini sering digunakan di semua tadika dan prasekolah di Malaysia. Tetapi, Tadika ABS mempunyai sedikit kelainan dalam menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pelajar kami. Di samping itu, penggunaan teknik ini juga diyakini berkesan untuk proses pembelajaran bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Hal ini kerana, pada usia awal, kanak-kanak cenderung untuk bermain sepanjang masa dan mempelajari sesuatu melalui bermain. Jadi, jika anda ingin mencari tadika terbaik di Selangor, boleh cuba survey Tadika ABS ya…

Jumlah Tenaga Pengajar

Untuk makluman anda, kesemua tenaga pengajar akan dilatih terlebih dahulu, sebelum mereka mula berkhidmat sebagai guru di Tadika ABS. Latihan secara berkala akan turut diberi, bagi menyerlahkan lagi potensi para guru.

Apa yang pasti, setiap guru juga mempunyai tugas dan peranan mereka yang tersendiri. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau lagi tentang kredibiliti tenaga pengajar kami. Kami jamin, Tadika ABS Selangor hanya menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan terbaik dalam mendidik anak-anak anda.

Senarai Tadika ABS di Selangor

Anda pasti ingin mengetahui keberadaan Tadika ABS di Selangor kan? Memandangkan Selangor boleh dikatakan sebuah negeri yang agak luas, sudah tentu anda akan tercari-cari di mana agaknya lokasi Tadika ABS di Selangor ini.

Jika anda ingin tahu, Tadika ABS di Selangor bukan ada satu sahaja, tetapi terdapat beberapa tadika yang telah dioperasikan iaitu:

📍 Tadika ABS Sri Serdang
📍 Tadika ABS Tun Perak
📍 Tadika ABS Hentian Kajang
📍 Tadika ABS Seksyen 3, Bangi

📍 Tadika ABS Genius Al-Furqan, Shah Alam

Jadi, anda bolehlah membuat pilihan terbaik di antara kelima-lima Tadika ABS di Selangor ini, mengikut keberadaan dan tempat tinggal anda.

Info Tambahan Yang Menarik Untuk Anda!

Terdapat beberapa info Tadika ABS yang akan menarik minat dan perhatian anda. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu jika anda ingin menmpatkan anak-anak anda di Tadika ABS iaitu

  1. Tiada peperiksaan di Tadika ABS.
    Kami mahu memastikan murid-murid gembira belajar tanpa tekanan. Hal ini juga mengurangkan tekanan untuk guru dan ibubapa. Sebaliknya, penilaian secara menyeluruh dilakukan dari segi emosi, akhlak, kebolehan dan bakat murid.
  2. Tiada kerja rumah,
    namun begitu digantikan dengan Mini Projek yang dihasilkan bersama ibubapa.
  3. Untuk Murid 6 tahun, Tadika ABS akan memfokuskan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan mengaji sebelum ke Tahun 1.

Pertanyaan Lanjut

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

← Artikel Sebelum Ini

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS