Tadika Terbaik di Taiping – Tadika ABS

Tadika Terbaik di Taiping

Anda merupakan warga Taiping, Perak? Inginkan anak-anak untuk lebih berdikari seawal umur 4 tahun? Jika ya, di mana agaknya tadika terbaik di Taiping yang boleh anda hantar untuk pendidikan awal mereka? Masih ada ke tadika yang berkualiti dan terbaik di Taiping ni? Bukankah semua tadika sama sahaja?

Almaklumlah, zaman sekarang ni terlalu banyak tadika yang beroperasi di serata Malaysia kan? Ibarat “Cendawan Tumbuh Selepas Hujan”, sampai kita pun tak tahu mana satu tadika untuk dipilih. Walau bagaimanapun, warga Taiping jangan risau dahulu, kerana terdapat satu tadika terbaik di Taiping yang perlu anda ketahui melalui perkongsian ini. Mari teruskan bacaan!

Kenapa Pentingnya Pendidikan Awal Kanak-kanak?

tadika terbaik di Taiping

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan suatu perkara penting yang perlu disemai ketika anak-anak masih di usia muda. Hal ini kerana, tumbesaran otak anak-anak adalah lebih mudah berkembang di usia ini, sekali gus dalam mengecapi kematangan secara positif.

Sekiranya ibu-bapa risau tidak dapat membimbing anak-anak untuk lebih berdikari, maka di sinilah pentingnya sesebuah tadika dalam menjadi ibu bapa kedua untuk mendidik anak-anak, supaya lebih mahir tentang basic skills kehidupan. Bak kata orang, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.”

Tadika ABS Merupakan Salah Satu Tadika Terbaik Di Taiping

Tadika Terbaik di Taiping

Memilih Tadika ABS sebagai pendidik anak-anak anda merupakan pilihan yang sememangnya tepat. Dalam pada itu, pasti ramai juga yang tertanya-tanya tentang kelebihan Tadika ABS ini, kan?

Untuk makluman anda, memilih tadika terbaik ini bukanlah dari segi ia terkenal ataupun tidak … Tetapi, ia lebih kepada bagaimana sesebuah organisasi itu mampu memberikan pembelajaran yang berguna untuk anak-anak. Apa yang pasti, jawapan tersebut boleh anda temui bersama Tadika ABS.

“Di mana terletaknya Tadika ABS terbaik di Taiping ni?”

Tadika ABS Taiping ini terletak di alamat, 408B, Jalan Durian, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak. Ia merupakan satu-satunya cawangan Tadika ABS di Taiping tau! Jika anda berminat untuk mengetahui info lanjut, boleh sambung bacaan sehingga penghujung ya. Terdapat satu peluang menarik menanti anda dan anak-anak!

Apa Yang Bakal Dipelajari Oleh Anak-anak Di Tadika ABS Taiping?

Selain daripada silibus biasa, Tadika ABS turut menyediakan program-program lain untuk meningkatkan daya fikiran, skills motor dan skills kognitif anak-anak. Contohnya, modul Kelab Araf yang mengajar anak-anak untuk lebih celik tentang mata wang! Mereka akan diajar tentang skill bertolak ansur, serta skill survival yang baik sebagai persediaan masa akan datang.

Bukan itu sahaja, terdapat juga modul lain seperti Playschool Astakona, modul Little Ibnu Sina; pendidikan celik sains, Smart English, malahan modul Smart Muslim juga akan turut dipelajari. 

Tadika ABS bukan sahaja fokus kepada duniawi semata, malahan pembelajaran tentang akhirat juga akan ditekankan sebaik mungkin. Memang terbaik Tadika ABS di Taiping ini!

tadika terbaik di taiping

Tenaga Pengajar Tadika ABS Bukan Calang-calang Orang!

Guru yang mengajar di Tadika ABS ini bukanlah daripada kalangan guru-guru biasa. Mereka merupakan guru yang terlatih dan kreatif dalam menyampaikan ilmu. Mereka telah disemai dengan pelbagai jenis skills dalam mengajar anak-anak. Antara salah satu rahsia kejayaan dalam mendidik anak-anak di Tadika ABS adalah, penggunaan Teknik Nabi untuk mendorong murid secara positif.

Selain itu, guru-guru Tadika ABS juga turut mengaplikasikan Bahasa dan Budaya tinggi untuk menerapkan budaya dan akhlak halus dalam generasi kini. Bukan itu sahaja, tenaga pengajar juga turut menerapkan 6 Nilai Preneurship iaitu bekerjasama, berintegriti, berinovasi, sanggup memikul beban orang lain, bijak berdiplomasi dan memperjuangkan kebenaran dalam Modul Kelab Araf. Memang hebat! 

Keselamatan dan Keselesaan Menjadi Keutamaan Tadika ABS Taiping

tadika terbaik di taiping

Walaupun di fasa endemik, Tadika ABS Taiping masih mengekalkan Standard Operating Procedure (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagi mengurangkan sebarang risiko penularan wabak daripada berlaku. Di samping itu, Tadika ABS Taiping juga turut menyanitasi premisnya secara berkala. InshaAllah, sebaik mungkin kesihatan anak-anak akan dijaga.

Bagi aspek keselamatan pula, keadaan Tadika ABS adalah sangat “Child Friendly” ataupun “Childproof Environment”. Hal ini kerana, kawasan Tadika ABS ini terletak jauh, bebas dan terhindar daripada peralatan tajam serta berbahaya. Susunan dan kekemasan bilik darjah juga amat teratur dan tidak padat, yang memudahkan anak-anak untuk bergerak.

Tambahan pula, Tadika ABS terbaik di Taiping ini juga dilengkapi dengan pelan kecemasan yang baik! Perkara ini adalah sangat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan, agar pihak tadika lebih terlatih dan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Antara aspek keselamatan yang dititikberatkan ialah:

🡆 Mempunyai peti pertolongan cemas yang lengkap.

🡆 Memiliki alat pemadam api dalam keadaan baik.

🡆 Pelan kebakaran yang telah diteliti oleh setiap guru Tadika ABS.

Jadi, itulah serba sedikit berkaitan Tadika ABS terbaik di Taiping ini. Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS, anda boleh dapatkan sesi kelas PERCUMA selama 5 hari tau! Jom teruskan bacaan…

PERTANYAAN LANJUT

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS