Tadika Terbaik Jitra Kedah – Tadika ABS

Tadika terbaik Jitra Kedah

Anda sedang mencari tadika terbaik di Jitra Kedah? Adakah tadika swasta menjadi pilihan utama anda? Risau dengan keselamatan anak apabila di tadika?

Pelbagai persoalan pasti timbul di fikiran, apabila ingin memasukkan anak-anak ke tadika bagi mendapatkan pendidikan awal. Persoalan dan kegusaran saling berganti, namun, pencarian tadika terbaik di Jitra Kedah tetap tidak ditemui. Jadi, di mana jawapan yang diinginkan ini sebenarnya?

Apa pun, anda tidak perlu gusar dahulu! Untuk pengetahuan anda, perkongsian kami di sini pasti akan membantu anda mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut. Jika anda berminat untuk ketahui perkongsian tentang tadika terbaik di Jitra Kedah ini, boleh teruskan bacaan ya!

Selamat Atau Tidak Hantar Anak Ke Tadika? | Tadika Terbaik di Jitra Kedah

Keselamatan merupakan salah satu aspek paling penting dan utama yang difikirkan oleh ibu bapa, sebelum menempatkan anak-anak berusia 4 hingga 6 tahun di tadika atau prasekolah.

Hal ini kerana, pelbagai isu telah bangkit sejak kebelakangan ini yang melibatkan anak-anak dan pendidikan awal di tadika. Antara isu yang sering didengar dan dipaparkan di media adalah seperti kes penderaan, buli, culik dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, dengan wujudnya sikap ‘pilih kasih’ dalam diri tenaga pengajar juga boleh menjadi asbab timbulnya pelbagai isu lain, sehingga mampu mengancam keselamatan dan zon selesa anak-anak. Hal seperti inilah yang amat dirisaukan oleh para ibu bapa.

Seperti yang kita ketahui, usia 4 hingga 6 tahun ini merupakan salah satu usia awal anak-anak dalam mengenali dunia luar, dan juga berkenalan dengan ramai orang. Keserasian dengan dunia luar bersama orang ramai ini memerlukan masa yang lama, serta menuntut kesabaran yang tinggi daripada tenaga pengajar dan pembantu tadika. Oleh hal yang demikianlah, Tadika ABS terbaik di Jitra Kedah telah diwujudkan demi membantu ibu bapa menangani segala kegusaran tersebut.

Tadika ABS | Tadika Terbaik di Jitra Kedah

Tadika terbaik Jitra Kedah
Sumber: Facebook Tadika ABS

Buat ibu bapa yang mencari tadika swasta sebagai pilihan pendidikan awal untuk anak-anak, anda boleh mendaftarkan anak-anak anda bersama Tadika ABS.

Hal ini kerana, Tadika ABS bukan sahaja tadika terbaik di Jitra Kedah, tetapi keselamatan anak anda juga 100% dijamin di sini! Kami sangat mementingkan keselamatan para pelajar sebaik mungkin. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau untuk berdaftar dengan kami.

Aktiviti yang Dijalankan | Tadika Terbaik di Jitra Kedah

Tadika terbaik Jitra Kedah
Sumber: Facebook Tadika ABS

“Aktiviti apa yang ada di Tadika ABS?”

Pasti anda ingin tahu … Selain daripada belajar, apakah antara aktiviti lain yang akan dilakukan oleh para pelajar, kan? Apa yang pasti, di Tadika ABS Jitra Kedah, anak-anak anda tidak akan hanya belajar semata-mata!

Kami sendiri akan memastikan, serta menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan di Tadika ABS adalah:

  1. Program Cilik Bijak Tani
  2. Memanah
  3. Taekwondo

Bukan ini sahaja aktiviti yang bakal dilakukan ya … Terdapat banyak lagi aktiviti yang menarik minat para pelajar akan dilakukan agar anak-anak sentiasa bersemangat untuk belajar di Tadika ABS. Aktiviti tambahan yang disediakan juga adalah seimbang, iaitu mengikut cara atau didikan Nabi Muhammad SAW, dan dunia hari ini.

Menarik bukan? Di mana lagi nak jumpa tadika terbaik di Jitra Kedah, kalau bukan di Tadika ABS? Bak kata orang, “Tepuk dada, tanya selera.”

Jumlah Pelajar di Tadika ABS?

Tadika terbaik Jitra Kedah
Sumber: Facebook Tadika ABS

Jumlah pelajar di Tadika ABS ini tidaklah terlalu ramai bagi setiap tadika. Hanya jumlah maksimum 45 orang pelajar sahaja yang boleh ditempatkan di tadika ini. Hal ini boleh membantu para guru dan pembantu untuk memantau kesemua pelajar dalam satu masa yang sama, dengan teliti. Jesteru itu untuk memastikan dapat daftar ke Tadika ini, digalakkan pendaftaran awal yang biasanya bermula pada bulan Ogos setiap tahun.

Di samping itu, jumlah pelajar yang tidak terlalu ramai juga dapat memberikan suasana belajar yang lebih selesa dan ceria. Jadi, anda tidak perlu risau dengan kepadatan tadika, kerana keselesaan anak-anak anda semasa proses pembelajaran amatlah terjamin!

Tenaga Pengajar Dan Pembantu

Tenaga pengajar dan pembantu yang berkhidmat di Tadika ABS Jitra Kedah ini seramai 5 orang. Jumlah guru ini mencukupi untuk menguruskan murid berdasarkan saranan dari pihak KPM. 

Guru-guru ini  mempunyai kemampuan untuk menguruskan Tadika ABS secara menyeluruh! Bahkan, mereka juga sangat kreatif dan diberikan latihan secara berkala agar kemahiran sedia ada dapat ditingkatkan dalam menyampaikan ilmu. Guru-guru ini juga dipastikan mengaplikasikan Bahasa dan Budaya Melayu Tinggi serta Teknik Nabi yang mendorong anak-anak secara positif.

Alamat dan Lokasi Tadika ABS

Jitra Kedah bukan satu kawasan kecil, kerana ia merupakan bandar keempat terbesar di negeri Kedah. Namun, inshaAllah lokasi Tadika ABS terbaik di Jitra Kedah ini mudah dicari.

Untuk pengetahuan anda, Tadika ABS di Jitra Kedah adalah beralamat di, 24 Taman Idaman, Tg Pauh 06000 Jitra Kedah. Lokasi tadika juga berdekatan dengan Kolej Komuniti dan Polimas iaitu:

📍 4 minit dari Kolej Komuniti.
📍 6 Minit dari Polimas.

Tidak dilupakan juga, tadika beroperasi setiap Ahad hingga Khamis, jam 7.00 a.m. – 5.30 Pastikan anda datang mengikut ketetapan waktu yang kami kongsikan ini ya!

Pertanyaan Lanjut

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS