Tadika Terbaik Shah Alam – Tadika ABS

Tadika Terbaik Shah Alam

Menjelang tahun baru nanti, pasti ramai ibu bapa yang akan tercari-cari tadika terbaik dan bersesuaian dengan anak-anak, terutamanya di kawasan Shah Alam kan? Jadi, macam mana progress pencarian para ibu bapa semua? Dah jumpa atau belum tu? Jika belum, jom kita ketahui antara tadika terbaik di Shah Alam, melalui perkongsian kali ini.

Memang betul, banyak benda perlu difikirkan apabila nak daftarkan anak-anak ke tadika. Paling utama adalah bab yuran, subjek yang diajar, suasana tadika, dan pelbagai lagi aspek yang perlu dititikberatkan. Lebih-lebih lagi di sekitar Shah Alam ni … Pilihan memanglah banyak, tetapi nak mendapatkan yang terbaik tu agak sukar.

Walau bagaimanapun, warga Shah Alam tak perlu risau lagi … Tadika ABS yang merupakan salah satu tadika terbaik di Shah Alam kan ada?

Tadika Terbaik Shah Alam, Tadika yang Menepati Cita Rasa Ibu Bapa | Tadika ABS

Tadika Terbaik Shah Alam

Untuk makluman anda, Tadika ABS Shah Alam beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 a.m. – 5.00 p.m., tertakluk kepada cawangan. Sudah semestinya, lain cawangan, maka lain sedikit waktu operasinya.

Tadika ABS Shah Alam ini merupakan salah satu tadika yang menepati ciri-ciri sesebuah tadika yang berjaya dan terbaik! Guru-guru di Tadika ABS juga akan sentiasa memastikan suasana tadika berada dalam keadaan selamat dan ceria, serta persekitaran yang sentiasa bersih dan selamat mengikut SOP yang telah disarankan.

Bukan itu sahaja, Tadika ABS sentiasa memastikan tadika disanitasi secara berkala, bagi mengurangkan kadar jangkitan penyakit antara pelajar. InshaAllah, keselamatan dan kesihatan anak-anak anda adalah lebih terjamin bersama Tadika ABS.

Keceriaan, Keselamatan Dan Keperluan Murid Menjadi Keutamaan Tadika ABS!

Tadika ABS amat menitikberatkan keselesaan, keselamatan dan keperluan murid semasa proses pembelajaran. Oleh itu, setiap kelas mempunyai had murid yang sewajarnya bagi memastikan guru dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada setiap anak murid mereka.

Oleh itu, anak-anak anda juga mampu mendapatkan lebih perhatian dan pemerhatian daripada gurunya. Jadi, sebarang perkembangan dan kekurangan murid dapat dilihat dengan lebih jelas oleh gurunya, agar murid dapat dibantu dengan lebih efektif pada masa akan datang.

Silibus Pembelajaran Tadika ABS

Anda pasti tertanya-tanya, apa yang akan dipelajari oleh anak-anak jika berdaftar dengan Tadika ABS terbaik di Shah Alam ini, kan?

Untuk menjawab persoalan tersebut, Tadika ABS amat mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), di samping menggunakan modul khasnya yang tersendiri. Dalam erti kata lain, Tadika ABS turut mengajar anak muridnya untuk berdikari melalui modul-modul khas seperti:

 1. Little Ibnu Sina

Tadika Terbaik Shah Alam

Little Ibnu Sina merupakan satu modul pembelajaran Sains yang menarik. Modul ini menarik kerana adanya penglibatan kaedah bercerita. Jadi, anak-anak anda akan mempelajari bidang Sains dengan lebih baik melalui kaedah ini.

Untuk pengetahuan anda, bercerita merupakan salah satu kaedah interaktif yang mampu merangsang penglihatan dan penglibatan kanak-kanak terhadap proses pembelajaran.

2. Kelab Araf

Kelab Araf merupakan modul keusahawanan untuk mendidik generasi muda agar celik wang, dan mempunyai kemahiran ‘survivor’ yang tinggi. Dengan adanya modul begini, ia boleh membantu anak kecil untuk mulai mengenali nilai keusahawanan sejak awal usia.

3. Smart English

Tadika Terbaik Shah Alam

Smart English merupakan modul pembelajaran bahasa Inggeris melalui cara berkomunikasi. Dengan adanya modul ini, anak-anak boleh berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang mudah, dengan cara membaca atau menyanyi seawal umur 4 tahun.

4. Smart Muslim

Tadika Terbaik Shah Alam

Anak-anak juga akan diajar PraKaFa iaitu mempelajari hafazan, ilmu tauhid dan bahasa Arab. Wah, bukan sahaja subjek umum yang diterapkan kepada anak-anak, malahan basic agama juga turut menjadi tumpuan Tadika ABS dalam mendidik mereka.

Sekarang anda sudah tahu kenapa para ibu bapa di Shah Alam lebih memilih Tadika ABS sebagai pilihan terbaik mereka, bukan? Jika anda berminat untuk ketahui tentang Tadika ABS terbaik di Shah Alam ini dengan lebih lanjut, boleh rujuk info di bawah.

Pertanyaan Lanjut

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

Whatsapp pun boleh.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS