Tema Hari Guru 2020: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa.

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 adalah ‘Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu.

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan
profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang
yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber
yang betul, sahih dan berwibawa.

Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai
kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru.

Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian
seseorang.

Berguru merupakan suatu probes pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini.

Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha  meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu.

Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan
mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat
dan negara.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generali pewaris masa hadapan
negara.

Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa
muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu.

Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang
lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

– KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

11 MEI 2020

← Artikel Sebelum Ini
Artikel Seterusnya →

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini