Di rumah, Nadeane sudah tidak memberontak lagi seperti sebelum ini. Dia sudah boleh uruskan diri sendiri seperti mandi, lipat baju dan membasuh pinggannya selepas makan. Dia dan kakaknya sudah berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi. Jika dia mahu menulis dan mewarna, dia akan mencuba dahulu. Sebelum ini dia sering kata tidak boleh dan menyuruh saya atau isteri menolongnya. Alhamdulillah dia semakin pandai membaca dan bersemangat ke sekolah.
Bapa: Tuan R. Mastok bin Samad
Cikpuan Muda: Nadeane Ayra Aamanee binti R. Mastok
Umur: 4 Tahun