Yuran Tadika ABS – Ibu Bapa Wajib Tahu!

Mahal ke yuran Tadika ABS? Berminat nak daftarkan anak di tadika swasta seperti Tadika ABS, tapi risau harga yuran terlalu mahal? Mengapa harga yuran di tadika swasta tak semurah tadika kerajaan? Berbaloi ke yuran mahal-mahal ni?

Ibu bapa sememangnya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bahkan untuk memilih tempat pendidikan awal anak-anak pun, pasti mengambil masa yang lama! Hal ini kerana, bukan sahaja masalah harga yuran tadika yang menjadi perkara utama difikirkan oleh ibu bapa. Antara aspek lain yang turut dititikberatkan adalah keselamatan, jarak tadika dengan kediaman, keselesaan, keserasian dan banyak lagi.

Oleh itu, ramai ibu bapa yang lebih memilih untuk mendaftarkan pendidikan awal anak-anak mereka di tadika swasta terutamanya, di Tadika ABS. Yuran di Tadika ABS ini bukan sahaja berbaloi, malahan hampir kesemua aspek yang disebut tadi juga turut dipenuhi! Apabila semua aspek telah dipenuhi dan anda telah berpuas hati, sudah pasti, anda tertanya-tanya berkaitan yuran di Tadika ABS ini pula kan?

Anda tidak perlu risau … Perkongsian kami pada kali ini memang khas berkaitan yuran di Tadika ABS! InshaAllah, semua persoalan anda akan berjawab di sini. Jom teruskan bacaan.

Mengapa Yuran Tadika Swasta Mahal?

Yuran Tadika ABS

Apabila dikaitkan dengan yuran tadika swasta, pasti ramai yang mengatakannya mahal. Hal ini kerana, ‘swasta’ merupakan salah satu agensi persendirian, dan sememangnya berbeza dengan ‘kerajaan’. Jadi, sudah pasti kosnya lebih tinggi. Tapi, tahukah anda mengapa yuran tadika swasta seperti Tadika ABS ini lebih mahal sedikit berbanding tadika kerajaan? Antara sebabnya ialah:

1. Cara pembelajaran di tadika swasta berbeza dengan yang lain

Yuran Tadika ABS

Di tadika swasta, lebih banyak simulasi digunakan berbanding teori. Mereka lebih banyak menggunakan 5 pancaindera dalam pembelajaran iaitu pendengaran, penglihatan, rasa, sentuhan, dan bau.

2. Modul Pembelajaran yang sangat komprehensif

Seperti di Tadika ABS, kami tidak tertakluk kepada silibus asas yang telah diteraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semata, malahan kami turut menggunakan modul-modul khas seperti Smart English, Smart Muslim, Kelab Araf, Modul Little Ibnu Sina atau Playschool Astakona.

Modul-modul ini akan membantu meningkatkan perkembangan anak-anak dari segi basic skills, survival skills mahupun cognitif skills mereka. Dengan itu, anak-anak akan lebih mudah berdikari seawal 4 tahun.

3. Kualiti

Tadika swasta lebih mementingkan kualiti, terutama dari segi tenaga pengajarnya. Guru-guru yang terpilih bukanlah daripada kalangan guru yang biasa, tetapi mereka merupakan individu yang mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mereka lebih mahir dalam menyampaikan dan mengendali anak-anak di dalam bilik darjah.

Selain itu, di Tadika ABS, anak anda juga akan mendapat 100% perhatian daripada para guru, kerana kami telah mengehadkan jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas, bagi memperlihatkan perkembangan dan kekurangan para pelajar dengan lebih jelas. Oleh itu, yuran Tadika ABS sememangnya berbaloi untuk diinvest oleh ibu bapa!

Berapa Yuran Tadika ABS?

Yuran Tadika ABS

Sekarang, pasti anda ingin tahu berapa yuran bagi Tadika ABS, bukan?

Yuran bulanan yang dikenakan bagi Tadika ABS bermula daripada RM 250 sehingga RM 500. Untuk pengetahuan anda, yuran bulanan Tadika ABS ini berbeza mengikut pakej yang ditawarkan. Oleh itu, ibu bapa boleh memilih pakej yang sesuai dengan kemampuan. Pemilihan pakej juga adalah dilakukan secara sukarela.

Tambahan lagi, setiap jenis yuran yang dikenakan adalah termasuk dengan setiap modul pembelajaran. Jadi, anda tidak lagi perlu risau dengan harga yuran Tadika ABS, kerana yuran yang dikenakan adalah sangat berbaloi!

Adakah Yuran di Setiap Tadika ABS Sama?

Seperti yang anda tahu, Tadika ABS bukan hanya ada satu di Malaysia … Namun, Tadika ABS turut ditubuhkan di beberapa negeri lain, bahkan di negeri Sabah.

Untuk pengetahuan anda, yuran yang dikenakan oleh Tadika ABS adalah berbeza mengikut lokasi. Hal ini kerana, setiap negeri atau lokasi adalah berbeza dari segi kos sara hidupnya. Maka, kesesuaian harga yuran sememangnya berbeza mengikut negeri tersebut.

Masih Gusar Dengan Harga Yuran Tadika ABS?

“Yuran Tadika ABS mahallah … Rasa macam tak mampu nak daftarkan anak di sini.”

Anda tidak perlu rasa gusar terlebih dahulu ya para ibu bapa hebat sekalian! Hal ini kerana, Tadika ABS akan membuat promosi yuran tahunan.

Promosi yuran tini akan dibuka seawal bulan Ogos untuk pendaftaran tahun berikutnya. Kami berharap, promosi yuran ini, sedikit sebanyak akan memberi keistimewaan dan mengurangkan kegusaran ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS. InshaAllah, tiada istilah kerugian jika bersama dengan Tadika ABS!

Pertanyaan Lanjut

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd (730776-D)
Sebuah anak syarikat ABS Education Sdn Bhd
Satu inisiatif

×
error

Kongsi Artikel Ini

Tadika ABS