Anak-anak lebih mudah belajar melalui apa yang mereka pegang dan lihat sendiri. Lawatan ke Balai Bomba antara satu konsep pembelajaran di luar bilik darjah.
Melalui konsep Pembelajaran Bertema dan aktiviti Kelab ARAF, anak-anak belajar menghasilkan sendiri aneka juadah.
Rasa percaya diri mereka meningkat apabila berjaya menghasilkan sendiri masakan yang biasanya dibuat oleh orang dewasa atau dibeli dari pasar raya!
Keterujaan jelas terpancar di wajah anak-anak! Modul Sains Bercerita Little Ibnu Sina disusun untuk anak-anak belajar melalui watak-watak yang dekat dengan diri mereka. Ada Mat Plastisin, ada Puteri Kadbod dan ada juga Pakcik Kismis!
Setiap episod cerita sentiasa dikaitkan dengan kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta dan Maha Bijaksana.
Setiap minggu, ini antara slot yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak.
No 5 Tingkat Atas,
Jalan Perdagangan 1,
Pusat Perdagangan Raub,
27600 Raub,
Pahang Darul Makmur.
Hakcipta Terpelihara 2017 IT @ESSB