Penemuan & Idea Penubuhan Tadika ABS
ABS Edu Solutions Sdn Bhd ialah syarikat yang menguruskan program tadika AKTIF BIJAK SANTUN sudah berada di pasaran semenjak tahun 2013. Pada peringkat awal, ia memberi fokus utama kepada pembangunan usahawan bisnes tadika indie, dengan mengaplikasikan cara pengurusan bisnes yang lebih teratur. Dorongan untuk membangunkan sebuah bisnes yang berjaya dan memberi impak optimum kepada pembelajaran anak-anak, membolehkan 20 orang pengusaha pertama pada tahun 2014.
Menjelang tahun 2015 dan selepas itu, penambahbaikan dalam modul pembelajaran, bergerak selari dengan pembangunan sistem pengurusan yang berinovasi. Kebolehan untuk kelangsungan bisnes-bisnes tadika ini, membolehkan mereka terus memberikan khidmat yang baik dan berkualiti kepada anak-anak, ibu bapa dan hasilnya kepada msyarakat.